Tips & Petua 2012


Tip Memilih Barang Hantaran

 Sumber: Google Image
1.       Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.

2.        Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit bagi pihak lelaki dan lebih pihak bagi perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil.Contohnya pihak lelaki 9 dulang,pihak perempaun membalas dengan 11 dulang hantaran.

3.        jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

4.       Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat)

5.       Semasa pemilihan barang perlu disesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran. 

6.       Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.

7.       Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan. jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, manakala bagi yang tak memerlukan kasut yang formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai.

8.       Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh.

9.       Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran. Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran.

10.   Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.

11.   Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika memilih 1 hingga 3 jenis buah sahaja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu banyak bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.  




Petua Memilih Bunga Pegang untuk Majlis Perkahwinan
Sumber: Google Image

Saiz bunga pegang bergantung kepada pilihan bunga bunga dan warna. Selalunya bunga pegang digubah bersaiz sederhana besar untuk mengelakkan pengantin kelihatan 'semak'. Jikalau menggunakan bunga ros, pengantin hanya memerlukan satu atau dozen bunga sahaja tetapi mungkin berbeza mengikut jenis bunga yang digunakan. 

Bunga hidup lebih sesuai berbanding bunga plastik kerana ia lebih cantik selain daripada menonjolkan konsep segar. Untuk memastikan kesegaran bunga, eloklah gubahan dibuat sehari sebelum bunga pegang itu hendak digunakan.

Warna pilihan bunga amat penting kerana jikalau terlampau kontras dengan warna pakaian, ia akan terlalu menarik tumpuan sehingga menenggelamkan fokus terhadap pengantin. Sebaik-baiknya biarlah warna bunga pegang itu senada dengan keseluruhan penampilan pengantin. Lebih malang, jika pilihan warna bunga pegang yang kurang sesuai menyebabkan pengantin perempuan kelihatan 'garang'. Sewajarnya pengantin perempuan kelihatan suci dan lembut di hari perkahwinannya.

Untuk riben ikatan bunga pula, seelok-eloknya pilih riben yang diperbuat daripada satin berkilat. Riben plastik nampak murah dan hanya sesuai jika ia berfungsi untuk mengikat jambangan sahaja. Riben satin yang berkilat boleh dibiarkan bergulung-gulung panjang untuk menambah keanggunan. Elakkan daripada bunga pegang dicacatkan hanya kerana pilihan riben yang kurang sesuai.

Kalau bunga plastik yang anda pilih, pastikan bunga yang dipilih berwarna pastel serta lembut. Warna garang hanya akan menyebabkan ciri-ciri plastik lebih ketara.

No comments:

Post a Comment